Pages

Thursday, October 15, 2015

Lesen AA Tamat Tempoh

Lesen AA saya telah lama tamat, menjangkau empat tahun lebih. Bila berada di perantauan orang sejak Januari 2014, terasa ingin memperbaharui AA tersebut. Bolehkah?

Saya telah menghantar satu emel kepada MCMC bertanyakan hal ini dan telah mendapat maklum balas dengan cepat dan diberitahu bahawa AA boleh diperbaharui dalam tempoh lima (5) tahun selepas tarikh luput AA tersebut. 

Pihak MCMC membuat semakan dan medapati AA saya tamat pada 31 Disember 2010, dan diberitahu saya boleh memperbaharui sebelum 31 Disember 2015.



Sunday, October 4, 2015

Wow! Lamanya tidak aktif

Sudah terlalu lama tidak aktif Apakah perkembangan baharu dunia radio amatur di Malaysia? Adakah perubahan kepada peraturan dan syarat.

Sama-samalah kita mencari maklumat

Friday, April 8, 2011

Free Radio Network

Salam.

Lama benar dah x login dan update blog ni. Hari ni nak kongsi samting pasal VOIP berkaitan dengan radio amatur. Ada satu applikasi yang baru diperkenalkan oleh rakan radio dari negara jiran, HS9DZT, iaitu FRN (free radio network).

Aplikasi tersebut berfungsi menghubungkan lokasi yang jauh menggunakan internet. Aplikasi ini seakan-akan aplikasi EchoLink. Untuk saudara/i rakan berminat untuk mencuba, layarilah www.freeradionetwork.eu dan pelajarilah dari sana.

Sekian.

Monday, May 3, 2010

test

testing blog posting


testing blog posting dari restoran d nyior 7 menggunakan maxis broadband.

Friday, October 10, 2008

QSO Recording

Di sini saya ingin berkongsi beberapa program untuk merakam perbualan radio rakan-rakan. Berikut saya senaraikan program yang pernah saya gunakan.

1. VOX Recorder
2. VRS Recording System

Anda memerlukan satu wayar audio untuk menyambungkan rig anda kepada sound card komputer anda. Eg, saya guna rig ICOM IC-V8 Handy jadi saya perlukan satu kabel audio dengan jack 3.5mm stereo pada kedua2 hujung. Tetapi pada tip jack sebelah rig, tidak bersambung.

1. VOX Recorder

Vox Recorder adalah program/software merakam audio yang pertama saya gunakan sejak mula-mula berjinak dengan radio amatur. Ia merupakan satu perisian ringkas yang akan merekod audio ada apabila terdapat audio level pada tahap yang telah kita setkan. Ia amat ringkas dan tidak perlu membuat instalasi. Hanya letakkan program ini dalam satu folder, double clik on it, dan terus boleh guna. Audio yang dirakam dalam dalam format wave dan mono.




Keserasian Sistem Operasi (OS): Windows 95 / 98 /ME

Nota: Boleh juga digunakan pada Windows XP tetapi pada field Record To pastikan tidak dapat default folder iaitu C:\Windows\Desktop sebab Desktop pada WinXP berada pada C:\Documents and Setting\UserName\Desktop

Format Rakaman: WAVE (.wav)

Channel : Mono

Sample / Second: 22,050


2. VRS Recording

http://www.nch.com.au/vrs/


Thursday, October 9, 2008

Slow Scan Television (SSTV)

SSTV ni boleh digunakan untuk hantar QSL Card over the air wave, but kena guna komputer atau pre recorded audio to tx via radio (apa2 jenis rig pun tak kesah) tapi better guna direct audio generated by the sstv software kat komputer.

Hari ni try tu submit audio ke 9w2ljt guna skype.. kurang menjadi sebab berlaku compression pada audio oleh skype. so saya rekod dan send audio file.

software untuk sstv:
1. MMSSTV111G.exe --> http://mmhamsoft.amateur-radio.ca/

Sunday, September 21, 2008