Pages

Showing posts with label Apparatus Assignment. Show all posts
Showing posts with label Apparatus Assignment. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Lesen AA Tamat Tempoh

Lesen AA saya telah lama tamat, menjangkau empat tahun lebih. Bila berada di perantauan orang sejak Januari 2014, terasa ingin memperbaharui AA tersebut. Bolehkah?

Saya telah menghantar satu emel kepada MCMC bertanyakan hal ini dan telah mendapat maklum balas dengan cepat dan diberitahu bahawa AA boleh diperbaharui dalam tempoh lima (5) tahun selepas tarikh luput AA tersebut. 

Pihak MCMC membuat semakan dan medapati AA saya tamat pada 31 Disember 2010, dan diberitahu saya boleh memperbaharui sebelum 31 Disember 2015.