Saya telah menghantar satu emel kepada MCMC bertanyakan hal ini dan telah mendapat maklum balas dengan cepat dan diberitahu bahawa AA boleh diperbaharui dalam tempoh lima (5) tahun selepas tarikh luput AA tersebut.
Pihak MCMC membuat semakan dan medapati AA saya tamat pada 31 Disember 2010, dan diberitahu saya boleh memperbaharui sebelum 31 Disember 2015.
Tempoh Lima Tahun termaktub dalam "Guideline on the Allocation of Call Sign to the Amateur Radio Service"